skip to Main Content

Tips untuk Pengusaha Restoran Baru

Anda dah fikir masak-masak dan bertekad untuk membuka restoran atau kafe? Kami mangcadangkan anda mengikuti tips-tips ini untuk mengelakkan kesilapan bisnes-bisnes restoran terdahulu.

1. Modal Yang Mencukupi

Salah satu kesilapan utama pemilik restoran baru ialah tidak menyediakan dana yang mencukupi untuk membuka restoran, jumlah modal yang diperlukan bukanlah sekadar untuk menyewa premis, mengubahsuai kedai, membeli perkakas dan membeli stok makanan. Anda juga perlu menyediakan modal operasi untuk sekurang-kurangnya 6 bulan. Ini bermakna jika kos bulanan anda ialah RM10k, anda perlu mempunyai aliran tunai cair sebanyak RM60k untuk kegunaan restoran. Tujuannya ialah dalam bisnes ini jarang sekali anda akan mendapat keuntungan dalam beberapa bulan pertama.

https://msmkitchen.com/ sekarang menawarkan Program Ansuran

2. Membeli Perkakas Dapur Terpakai

Sekiranya anda ingin membuka atau memulakan perniagaan restoran atau kafe pertama sekali anda perlu mencari perkakas dapur terpakai untuk menjimatkan kos. Ini kerana anda tidak akan dapat menjangkakan masa depan bisnes tersebut. Setiap tahun, puluhan dan ratusan restoran tutup disebabkan oleh pelbagai akibat. Perkakas restoran-restoran ini akan dijual semula di kedai barangan terpakai. Buat sedikit homework dan mungkin anda akan dapat mencari barang barang contohny seperti peti sejuk yang anda inginkan dalam keadaan baik serta 60% lebih murah dari harga pati baru.

murahkitchen.my mempunyai perkakas dapur terpakai yang paling melengkapi

3. Guna Sistem POS Restoran

Jika anda serius untuk membuka restoran, saya sarankan untuk anda memperuntukkan sedikit bajet bagi mendapatkan sistem POS (Point-Of-Sale) restoran dan bukan mesin daftar tunai biasa macam di kedai runcit. Ini kerana fungsi daftar tunai biasa amat terhad dan hanya merekodkan jualan. Sistem POS mempunyai pelbagai fungsi yang akan membantu bisnes anda seperti, merekodkan kos barang jualan, merekodkan jualan mengikut menu, mengira bilangan pelanggan, bertindak sebagai punch card untuk pekerja, membantu mengambil tempahan dan banyak lagi. Harga sistem POS  sememangnya lebih mahal dari mesin daftar tunai, tetapi jika digunakan dengan betul, ia akan memberikan bisnes anda pulangan berlipat ganda dalam jangka masa panjang.

Tanya https://chef-technology.com/ untuk sistem POS yang paling senang dipakai

4. Tukang Masak Yang Sesuai

Jika anda atau rakan perniagaan anda adalah tukang masak untuk restoran, anda tidak perlu risau tentang perkara ini. Tetapi jika anda perlu mengupah tukang masak, anda perlu berhati-hati untuk memilih calon pekerja. Mencari pekerja yang sesuai dan berkebolehan adalah satu perkara yang amat mencabar untuk usahawan restoran. Tanya sahaja kepada pemilik restoran yang lain, pastinya mereka akan mengeluh tentang isu ini. Apabila anda didalam proses mencari pekerja dapur, anda mesti pastikan pekerja itu boleh melaksanakan masakan didalam menu anda. Sebagai contoh, jangan upah tukang masak western untuk restoran makanan thai. Adalah dinasihatkan juga untuk anda mencari pekerja yang mempunyai personaliti yang serasi dengan anda dan kakitangan yang lain. Ini kerana, pekerja yang tidak serasi & selesa dengan persekitarannya, tidak akan bertahan lama.

5. Perbezaan Peralatan Restoran Komersil

Apabila membeli perkakas untuk restoran anda, adalah penting untuk mencari barangan yang direka khas untuk kegunaan restoran. Saya pernah membeli sebuah microwave jenis panasonic untuk restoran pertama saya. Microwave ini adalah model biasa untuk kegunaan rumah dan saya pilih model ini kerana harganya yang mampu milik. Selepas beberapa bulan sahaja, microwave tersebut rosak dan kos memperbaikinya adalah lebih kurang sama dengan harga mesin baru. Pendekkan cerita, saya telah membeli 3 buah microwave model rumah dalam tempoh setahun sebelum saya mengambil keputusan untuk membeli model microwave yang direka untuk kegunaan restoran. Microwave restoran ini telah tahan lebih dari 5 tahun tanpa sebarang kerosakan. Perkakas komersil sememangnya lebih mahal dari domestik tetapi ia lebih sesuai untuk kegunaan restoran kerana peralatan komersil ianya direka khas untuk tahan lasak.

Beli dalam talian untuk perkakas dapur di https://www.kitchen-arena.com.my/

6. Nama Sesuai Untuk Restoran Anda

Apabila mencari nama untuk restoran anda, carilah nama yang original, senang diingati dan juga bersesuaian dengan konsep. Satu tip berguna untuk anda untuk membuat carian nama yang telah dipilih di Facebook, Instagram atau pun carian web. Pastikan nama tersebut tidak digunakan oleh restoran lain supaya anda boleh memiliki laman. Gunakanlah juga nama yang sesuai dengan konsep restoran supaya tidak mengelirukan pelanggan anda.

Contoh: Carian di Facebook untuk ‘Burger’

7. Elak Dari Menggunakan Telefon Yang Susah Dibaca

Memang seronok apabila mencari telefon yang cool dan unik ketika mereka-bentuk logo dan menu anda, tetapi pastikan telefon tersebut mudah dibaca samada dipapan-tanda ataupun dimenu anda. Papan tanda yang kurang jelas akan meyebabkan kesukaran pelanggan untuk mencari restoran anda. Elakkan dari menggunakan fon kursif atau berbunga. Untuk menu, saiz fon 12-14 adalah lebih ideal dan senang untuk dibacaan.

8. Jangan Mula Dengan Menu Yang Panjang

Pada permulaan bisnes, anda dan team anda juga akan berdepan dengan pelbagai masalah kerana tidak cukup latihan. Lebih lama restoran itu beroperasi, lebih baik prestasi pekerja dan lebih mudah segala masalah diatasi. Memulakan restoran anda dengan menu yang besar akan menimbulkan pelbagai masalah seperti penyediaan dan pembaziran makanan. Saiz menu yang ideal untuk permulaan ialah tidak lebih dari 30 produk. Setelah 2 atau 3 bulan beroperasi, anda boleh mengolah menu untuk mengeluarkan produk yang tidak mendapat sambutan dan menambahkan hidangan yang baru.

9. Jangan Kedekut Dalam Mengeluarkan Bajet Untuk Pemasaran

Ramai pengusaha restoran kurang memberi perhatian terhadap pemasaran berbayar. Dalam suasana perniagaan hari ini dimana pengguna mempunyai banyak pilihan, usahawan perlu memikirkan pelbagai kaedah pemasaran untuk mengekalkan daya saing. Pemilik tidak boleh hanya bergantung kepada kaedah tradisional seperti pasaran mulut ke mulut (word of mouth) yang walaupun percuma, akan mengambil masa yang lama untuk mendatangkan kesan. Usahawan yang dinamik akan memperuntukkan bajet yang mencukupi untuk pelbagai kaedah pemasaran, percuma ataupun berbayar, seperti media sosial, influencer, billboard, risalah dan sebagainya mengikut strategi yang telah ditetapkan.

10. Jangan Percaya Sangat Cakap Rakan Dan Ahli Keluarga

Tentu ramai yang terkejut dengan tips ini! Kebanyakan usahawan yang saya latih memberitahu saya bahawa sebab utama mereka memulakan perniagaan ialah kerana rakan atau ahli keluarga mereka pernah memberi pujian tentang masakan mereka dan menggalakkan supaya membuka restoran. Walaupun pujian seperti ini cukup membanggakan, tapi pandangan segelintir pihak tidak cukup untuk mewakili permintaan pengguna. Sebelum anda mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk membuka restoran, cuba berniaga secara kecil-kecilan untuk menguji pasaran. Buka booth di pasar malam atau pesta makanan. Beri sampel kepada jiran dan rakan ofis untuk mendapat maklum balas. Setelah anda berpuas hati dengan feedback tersebut baru fikir untuk membuka restoran.

Back To Top
×Close search
Search